Ramadhan, minimumkan kadar pembaziran
By Anna Sham on Aug 24, 2009 with Comments 0
Selamat datang Ramadhan, selamat berpuasa kepada semua umat islam di atas planet bumi ini. Mungkin terlambat aku nak buat post tentang bulan Ramadhan ni, dah masuk hari ke 4 orang islam di Malaysia berpuasa, tapi aku nak ingatkan kepada semua termasuklah diri aku, bulan puasa nih adalah bulan yang paling banyak pembaziran berlaku.
Contoh yang paling mudah aku nak ambil, diri aku sendiri. Bila time nak berbuka tu, makanan yang dibeli mengalahkan untuk makan sekampung. Macam nak makan kenduri. Bila dah start makan, bukannya boleh habiskan pun…last-last terbazir macam tu jer. esoknya ke tong sampah la jugak.
Kalau ikutkan nafsu aku masa membeli makanan tu rasa macam tak cukup jer, dari air sampailah ke lauk pauknya semua aku nak sapu. Air minuman tu pulak macam-macam kaler. dari biru sampailah ke warna pelangi pun ada.
Pulak tu yang menjual makanan ni pun pandai gak nak mencairkan nafsu aku. Diletaknya awek cun2 sebagai pelaris. “yer Bang, beli kuih karipap bang”.” Nak karipap kecik ke karipap besar bang”. Huh!!! terlondeh nafsu aku sampai kat atas jalan tar kalau dengar awek ni punya pujuk rayu suruh beli gak karipap dia. Siap dengan tanya-tanya pulak aku.
“Abang ni beli karipap ni nak makan dengan sapa?” “Isteri ke kawan-kawan?” nak je aku jawap, tak nak makan karipap tu, nak makan engkau jer….hehehe. Ni lah kata-kata hati aku bercampur dengar aura setan yang tertinggal kat dalam badan aku. Last-last terbeli gak lah karipap awek ni. Sampai kat rumah, isteri pun beli jugak kuih karipap, dah jadi penuh meja makan aku dengan karipap jer.
Tu baru bab karipap. Tak masuk lagi bab pembaziran dari segi masa lagi. Lepas je sembahyang suboh, tak de dah aktiviti lain. membuta sampai ke pukul 9. Aku akan terhegeh-hegeh bangun ke bilik air setelah hand phone aku berbunyi kali ke 120. Itu pun kalau boss aku call. Biasanya dia mesti call aku punya, aku pun setting kat hand phone aku, kalau boss aku call jer bunyi hand phone aku jadi lagu lain. Kalau takat ringtone yang biasa je bunyi , langsung aku tak layan. Selain dari boss aku call memang aku tak layan. Tunggu jer lah sampai aku datang opis kalau nak jumpa aku. Nak harap aku angkat hand phone…kirim salam. Lebih baik aku layan mimpi aku.
Kesimpulannya, Ramadhan ini menjadi satu tempoh untuk aku menghabiskan masa dan wang ringgit untuk bende-bende yang membazir jer. Maafkan aku Ya! Allah. Harap-harapnya hari2 seterusnya dalam Ramadhan ini, semakin mendekatkan aku dengan Dia.
Popularity: 14% [?]
Random Posts
Filed Under: Motivasi



