Siti Nordiana cofirm bercerai talak 2
By Anna Sham on Sep 15, 2009 with Comments 0
Korang kenal tak dengan Siti Nordiana ni? Alaa yang pernah menyanyi duet dengan Achik Spin tu dulu. Kira salah seorang artis Malaysia yang top jugalah dulu, sekarang dah tak berapa top sangat dah.
Mungkin sehari dua ni top balik la kejap , itu pun gara-gara kes perceraian dia dengan suami dia Mohd Faizal Yusop 31 tahun juga seorang artis, pelakon rasanya..tengah panas diberitakan dalam banyak surat khabar dan media eletronik.
Pasangan ni berkahwin pada 28 april 2006 yang lepas dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia setahun lima bulan.
Dengar khabarnya pasangan ni dah pernah bercerai sebelum ni, tapi rujuk balik. Ni kira perceraian kali ke dua lah ni, dan perceraian kali ke dua ni dilafazkan oleh suami Siti Nurdiana ni dalam telepon je pada 28 ogos yang lalu dan mahkamah telah mengesahkan lafaz tersebut sebagai sah.
Ini bermakna start dari 25 Ogos yang lalu tempoh edah untuk Siti Nurdiana ni dah berjalan untuk selama 3 kali suci. Maknanya pada 25 Nov 2009 tempoh edah Siti Nurdiana akan berakhir
Korang kira lah sendiri tempoh edah tu, pada yang ada plan untuk memenangi hati Siti Nurdiana ni, bolehlah start sekarang atur strategi. Agak-agak sampai je tempoh edah tu berakhir, kira dah boleh nikah balik la. Apa pun, menurut si Siti Nurdiana ni, dia lega kerana proses perceraian nya berjalan dengan baik, dan dia tak akan menoleh kebelakang lagi sebaliknya akan fokus pada kehidupan baru bersama keluarga dan anak kali ini tanpa lelaki bernama suami



Popularity: 72% [?]
Artikel Yang Berkenaan
Filed Under: Gosip Artis



