Orang lain buat blog, aku pun nak buat blog jugak…

forex tradingSalam semua. Tengok tajuk pun tau, konfem newbie dalam dunia blogging ni. Memang pun. 1st time aku buat blog personal dalam bahasa melayu. Cehhhh…selama ni buat blog bahasa inggeris  je lah yer..? Blog bahasa Inggeris senang nak buat tak payah nak pening sangat.

Maklumlah, blog Adsense, main belasah jer. Content pun main copy2 jer. Tak pun spinning jer artikel org lain. Habis citer. Yang penting bawak trafik sebanyak yg mungkin ke blog aku tu. Pas tu pujuk trafik ni klik iklan Adsense tu.

Tak terfikir dan ter’plan’ pun nak setup blog ni. Ntah la…ni semua hasil pujukan dari kawan2 aku di internet ni. lagi pun tengok orang lain semua ada blog sendiri. Aku try gak lah…mana lah tau kot2 boleh buat cam orang lain. “Blogging For Money”. Apa pun yang penting aku kena ejas masa aku sebaik mungkin untuk menulis kat blog ni.

Maklumlah aku ni sibuk sangat ngan keje offline aku. Masuk pagi, balik kadang2 malam baru sampai rumah, itupun anak bini dah tdor dah semuanya.  Sian kat diorang.

Satu lagi terima kasih banyak pada rawanaz.com.my yang banyak membantu aku dalam proses membeli domain ni. Setakat ni, rawanaz ni lah yang paling best aku pernah beli, saiz besar, add on unlimited, subdomain pun unlimited gak. Fuh!!! memang best, kalau boleh service tu di maintainkan sampai bila2 , lagi best, tentu ramai rakyat Malaysia yang akan berebut-rebut untuk mendapatkan domain dan hosting dari rawanaz ni.

Pernah gak aku terfikir dulu, napelah orang sibuk sangat nak buat blog kat internet ni, rupanya baru aku tau sebabnya. Blog ni ada kuasa luar biasa. Bukan setakat tempat nak meluahkan pendapat, malah lebih dari itu. Ramai gak orang yang jadi kaya dengan memblog ni. Tak caya? tunggu aku jadi kaya dengan blog ni…heheheh. tak de lah, aku just nak memblog for fun jer. Kalau boleh buat duit..Alhamdulillah, rezeki aku la tuh. Apa pun aku ucapkan selamat datang pada yang sudi menjengah blog naif aku ni.blogging

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 28% [?]

Artikel Yang Berkenaan

  • Jangan mem’blog’ kalau…

Filed Under: BloggingFeatured

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.