Jangan mem’blog’ kalau…

angry-customerBertemu kembali. Perkara yang paling aku menyampah dengan buat blog ni adalah nak mengupdate post. Jenuh aku memerah kepala otak untuk mendapatkan idea menulis. Aku ni bukannya minat sangat dalam bab-bab menulis ni. Lagi-lagi kalau nak kena menulis dengan penuh perasaan.

Nasib baiklah blog ni aku yang punya. Kalaulah blog ni macam kerja sekolah, ada cikgu yang nak check dan bagi markah, tentu aku dah fail awal-awal lagi. Oleh kerana aku berkuasa penuh atas blog annasham dot com ni, maka aku punya pasal lah nak tulis dengan gaya yang macam mana sekali pun. Hehehehe….jangan marah aaa…pada yang membaca post ni.

Lagi pun hari ni aku letih sangat sebenarnya. Aku baru je balik dari Kl ngan BOSS aku. Sampai rumah dah pukul 1.30 pagi. Yang aku terperanjatnya, sampai jer kat rumah aku, anak aku sorang pun tak tidur lagi.Arghhhhh….nak ayah…nak ayah…!!. Fuh!!! memang kena sabo. Semua nak ayah. Buat susu…nak  ayah, tukar pampers… nak ayah..nak tido. nak ayah..Sekarang anak-anak aku dah tido semuanya. Umi dia pun dah tido gak. Sekarang dah pukul 3.45 pagi aku bukak laptop aku, dan gagahkan semangat jugak nak cuba menulis kat blog ni. fuh!! cayalah akhirnya aku berjaya menulis gak sampai kat perenggan ni.

Sebelum aku menulis kat post ni tadi, aku try-try ejas template blog ni. Letak banner mana yang patut. Kira ok jugaklah aku punya taste kan? ada jugaklah makeup-makeup sikit, tak lah nampak blog aku macam “pekak” je. Aku dah lama mencari template yang sesuai untuk blog aku ni, kra banyak gaklah yang aku dah download dan try guna. Aku tengok semuanya cam hampeh jer….Last-last aku belasah template yang ni jer lah. Aku suka kaler biru nih. Lagi pun memang aku nak cari template yang aku boleh letak banner kat header. Aku nak letak iklan dari nuffnang tu, mana lah tau boleh buat duit ker kan. Aku dengar ramai gak blogger-blogger Malaysia ni yang buat duit ngan nuffnang nih. Aku pun tak tahu berapa banyak yang nuffnang ni bayar untuk satu klik. Belasah je lah dulu. lepas-lepas ni lah aku tengok TOS nuffnang ni. Satu lagi aku pernah nampak ada blogger yang gunakan template ni untuk buat blog adsense. Aku nak try gak guna template ni, dan nak ubah sikit-sikit. nampak macam boleh convert jer template nih

Sambil-sambil aku buat post ni, aku baru jer check kat salah satu akaun adsense aku. hehehe…dah $39.04 start jam 3 petang tadi sampailah sekarang jam 4.10 pagi. Alhamdulillah..akaun adsense aku masih selamat lagi dari kempen penghapusan etnik yang gugel tengah jalankan secara besar-besaran ni. Harap-harapnya dapatlah rezeki aku hujung bulan ni, untuk claim earning adsense ni. Boleh lah aku buat beli domain ngan hosting lagi pas nih.

Uihhh…lama nya aku tulis kali ni kat post nih. Ini sudah lebih….aku tido dulu lah, esok aku nak kene awal ke pajabat, satu tugas besar menanti aku esok. Nanti aku sambung lagi lah….

bodoh_dan_bingung1

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 50% [?]

Artikel Yang Berkenaan

  • Orang lain buat blog, aku pun nak buat blog jugak…

Filed Under: BloggingTip Adsense

Tags:

RSSComments (0)

Trackback URL

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.