Jangan biarkan google makan sorang duit Advertiser

adsense googleAda orang bagi tau, untuk berjaya dalam adsense ni , kita kene berguru dengan orang yang telah berjaya. Betul ke? Dah tentu betul. Google sendiri menyediakan sumber rujukan untuk publishernya mengaut duit dari advertiser yang beriklan dengan google ni. Kalau ada yang berminat nak tengok kejayaan orang yang telah berjaya dalam beradsene ni boleh klik kat sini

Formula untuk berjaya dalam adsense ni, mudah je, tiru dan ikut je cara orang yang dah berjaya dalam Adsense. Ramai jugak yang berjaya, dan ramai jugak yang ‘terlingkup’ dalam adsense ni. Yang dah berjaya pun kadang-kadang banyak menyembunyikan senjata teknik mereka. Mungkin takut, senjata makan tuan kot…

Kalau korang minat nak tau tentang kejayaan orang ramai dalam Adsense ni, lagi sekali silalah klik  kat sini. Ni bukan link affiliate tau. Saje rekemenkan kat korang. Mungkin yang dah lama dengan adsense ni maklumat ni tak berapa penting. Tapi bagi yang baru nak bermula, banyak maklumat dan pendedahan tentang dunia adsense dari otai-otai international ni yang bakal mendidihkan semangat.

Kalau yang membaca posting ni, adalah yang telah berjaya dalam adsense, korang jugak boleh dedah dan kongsikan kejayaan  korang tu dengan menghantar form yang google sediakan ni kat sini

Asas untuk bermula dalam Adsense ni, perkara pertama yang kita kene buat adalah mempunyai laman web ataupun blog. Itu wajib. Sama ada web statik, ataupun blog, tak menjadi syarat penting pada google. yang penting kita ada salah satu atau pun kedua-duanya. Kat sinilah medan utama antara kita dan advertiser google.

Kalau kita menyediakan pelawat web/blog kita dengan apa yang mereka mau, insyallah kita juga akan dapat apa yang kita mau. Semua pihak akan dapat sama rata. Pengunjung dapat apa yang mereka cari, google pun senyum lebar dapat memotong kredit advertiser yang bakal dikongsikan dengan kita sebagai publisher dia. Baru lah win-win situation namanya.

Google-in-Zurich-001

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 56% [?]

Random Posts

  • Ramadhan, minimumkan kadar pembaziran
  • Jangan mem’blog’ kalau…
  • Penyanyi Rabbani mati, kita pun sama…
  • Unforgiven 11

Filed Under: BloggingTip Adsense

Tags:

RSSComments (1)

Leave a Reply | Trackback URL

  1. PUGUH says:

    Matur nuwun. Kulo angsal ilmu kathah songko sampean. Pancen bener blog iki sexy.

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.