Tentang Saya
Aku lebih senang jika dipanggil Anna Sham. Walaupun nama sebenar aku jauh sangat dengan nama ni. Berpuluh tahun aku tinggal di Jengka. Aman, tenteram itulah kehidupan dan suasana di sini. Engkorang tau tak Jengka tu kat mana? Haa..tulah korang mana tau. Jengka ni terletak di negeri Pahang, kawasan Felda terbesar di Malaysia. bermula dari Jengka 1 sampai lah Jengka 25. Hampir 99% penduduknya adalah peneroka Felda dan berbangsa Melayu
Kalau korang pernah datang sini, korang akan nampak pokok getah, pokok sawit,getah sawit. Tulah pemandangan istimewa kat sini. Kat sini tak de trafik jam macam kat bandar2 besar. Suasana kehidupan kat sini adalah suasana bermasyarakat. Tak macam kat bandar, masyarakat yang ada semuanya terbelenggu dengan waktu kerja sahaja.
Aku suka tinggal kat sini. Korang tau apa lagi kelebihan kat Jengka ni. Line Internet streamyx mencanak-canak.
Aku dah berkeluarga. 3 anak yang semakin membesar. Hari2 aku berpeluang menjengok dua orang tua aku. Mak ayah aku pun orang sini. Mentua aku pun orang sini gak. Sesekali aku rasa betapa bertuah nya aku jika dibandingkan dengan kawan2 aku yang lain , yang bekerja jauh daripada keluarga. Peluang dapat balik kampung jarang2 je. Sian kat korang2 semua…. . Aku berkerja kat sebuah Pasaraya kat Bandar Jengka ni. Masuk pagi kekadang lewat malam baru aku balik.
Aku sempatkan jugak beronline bila aku ada kat rumah. Biasanya aku tak de mende lain nak buat kalau kat rumah, selain melayan anak-anak, aku akan melayan internet sepuas-puasnya.
Aku belajar macamana nak buat duit kat internet ni dengan merayau kat blog-blog orang lain. Dulu aku tak percaya kat internet orang boleh buat duit. Sekarang aku dah tak nafikan lagi, konfirm , internet boleh jadi sumber pendapatan aku selain dari kerja offline aku. Kadang-kadang tu, duit dari internet ni berganda-ganda dari gaji kerja offline aku kat Pasaraya tu.
Ada masa nanti aku buat post tentang apa aku buat kat internet ni, sampai boleh dapat duit lebih dari gaji kerja offline aku. Kalau ada masalah ..Insyallah…
Popularity: 30% [?]



